Setiap Bulan , Al Farabi Band akan berada di Masjid Bukit Indah , Ampang bagi memenuhi program bersama Kelab FORTEEN yang telah dilancarkan disini pada 30 Januari 2011 yang lalu.
Kali ini adalah ziarah kali ke 4 Al Farabi Band di Masjid Bukit Indah, Ampang yang telah dijadualkan pada setiap ahad minggu ke-3. Memandangkan ahad bulan Mei ini, Al Farabi Band ada hal lain, maka telah ditunda pada sabtu ini 28 Mei 2011 jam 10 pagi di Masjid Bukit Indah, Ampang.
Pada pertemuan akhir yakni April lepas, Al Farabi Band telah pun memulakan sesi latihan bermain instrumen yang telah di kendalikan oleh Ayee, Rina & Nas. Rata-ratanya ibubapa telah memberikan sokongan positif atas usaha Al Farabi Band ini yang mahukan anaknya bermain muzik secara terpimpin.
Dari sudut andang luas, sesuatu yang unik dan jarang kita dapat lihat di kawasan masjid, yang mana atas cetusan Kelab FORTEEN ini, Masjid Bukit Indah, Ampang telah menjadi pelopor gerakan baru dengan memperlihatkan anak-anak muda kariah ini datang ke masjid membawa gitar dan beberapa peralatan muzik lain yang disukai mereka.
Bagi yang belum lagi faham situasi ini, mari kita bersama ke Masjid Bukit Indah , Ampang untuk menyelami aktiviti yang telah di adakan.

0 comments:
Post a Comment