Wednesday, October 27, 2010

Al Farabi BATTLE OF THE BAND

NAMA PROGRAM: Al Farabi Battle Of The Band
TARIKH: 30 Oktober 2010
TEMPAT: Perkarangan Dewan MPP, Seksyen 16, Shah Alam
MASA: 3.00 petang hingga 8.30 malam

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

1. PENDAHULUAN

Syarat-syarat dan peraturan Al Farabi Battle Of The Band diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.

2. JAWATANKUASA PENGELOLA

Al Farabi Battle Of The Band dikelola sepenuhnya oleh tenaga professional Nasyeed.Com dalam segala perkara yang berhubung dengan penghakiman dan urusan pertandingan.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

a)Warganegara adalah terbuka.
b)Terbuka untuk lelaki mahupun wanita.
c)Tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
d)Setiap anggota kumpulan tidak melebihi dari 8 orang ahli.
e)Dilarang mengambil dadah ataupun arak bagi mana-mana kumpulan yang terpilih.
f)Masuk adalah percuma.
g)Pakaian mestilah kemas dan sopan.
h)Umur adalah bebas.
i)Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan minum, latihan, susunan muzik (music arrangement), pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing.

4. LAGU DAN LIRIK

a) Setiap kumpulan hanya dibenarkan menyanyi 1 (satu) lagu sahaja
b) Setiap lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak melebihi masa 10 minit (Termasuk sound check, muzik instrumental dan lagu).
c) Peserta boleh menggunakan lagu dan lirik ciptaan sedia ada dan tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan menggunakan lagu yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini dan penggunaan lirik dan lagu sendiri adalah dibenarkan.
d) Tema lagu mestilah berbentuk ketuhanan, perjuangan, kemanusiaan dan keamanan.
e) Muzik instrumental adalah wajib bagi setiap kumpulan.

5. ALAT MUZIK

a) Berikut adalah senarai barang-barang yang telah disediakan oleh pihak penganjur :

i. Amp gitar - 2 unit
ii. Amp bass - 1 unit
iii. Amp Keyboard - 2 unit
iv. Drum - 1 set
v. Mic vokal - 3 unit

6. PENGHAKIMAN

i. Susunan muzik
ii. Vokal Utama
iii. Gitar
iv. Bass
v. Drum
vi. Keyboard
vii. Persembahan Keseluruhan
viii. Pakaian

7. HADIAH

Tempat Pertama : RM 1000
Tempat Kedua : RM 500
Tempat Ketiga : RM 300

Lain-lain:
Vokal Terbaik
Gitaris
Drummer
Bassis Terbaik


8. LAIN-LAIN KETERANGAN

a) Sebarang kemalangan dan/atau kecederaan keatas peserta semasa pertandingan ini berlangsung adalah di atas tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.
b) Semua syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib dipatuhi oleh setiap peserta.
c) Keputusan juri adalah muktamad.
d) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Oktober 2010 (Khamis) pukul 12 tengahari.
e) Sila sms atau email butiran anda seperti berikut:

Nama Kumpulan:
Nama Ketua Kumpulan:
No Tel:
Email:
Bil Ahli Kumpulan:

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian +603-5512 1352 atau +016-238 5788 (Mass)

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

DIE HARD FANS & FOLLOWERS LIKE HERE

About Me

My Photo
Rockers Berselawat is dedicated to all rockers in Malaysia who have create a positive song such as religion songs, song for prophet Muhammad s.a.w. etc. This Rockers Berselawat is battle for all Malaysian Rockers. Lets sing a Selawat

korporat

  • Director - Mohd Nazri Alias
  • Secretary - Fazrina Ghazali
  • Manager - Mohd Ashraf Seleman
  • Researcher - Rina AFB
  • Advertising & Promotion - Bro Ash & Nas
  • Cameramen - Shuhaimi & Elvin
  • Videographer - Sam & Suhaimi
  • Production House - Azmie
  • Designer - Elvin Bishop & Ayee TC
  • Script Writer - Rina AFB & Nas
  • Komposer - Ayee TC
  • Guitar Tag - Wan
  • Drum Tag - Amirul
  • Bass Tag - Anis
  • Costume - Anis
  • Stage Coordinator - Syed
  • Transporter - Suhaimi
  • Special Task - Nas

Contact Us

  • Contact Person - MOHD ASHRAF SELEMAN (Manager)
  • Office No. -<03-5122 5490>
  • Fax No. -<03-5122 5491>
  • Mobile No. - <+6010 8785 833>
 

MY IPHONE 3GS 32GB

Labels

Popular Posts

VIEWERS

DOWNLOAD HERE

al farabi band: radiasi 1400

Have band? click here

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger