Sunday, March 27, 2011

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Minggu Setiausaha cara Islam


Al Farabi Band bersama Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim (tengah) yang bakal menjayakan persembahan Hari Penghargaaan Setiausaha The 1st yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang.


SERINGKALI persembahan Minggu Setiausaha yang berlangsung sepanjang bulan April, penonton akan dihiburkan dengan persembahan artis popular.

Bagaimanapun Human Capital Development Services (HCDS) cuba menampilkan kelainan untuk acara yang dikhaskan kepada setiausaha itu.

Untuk pertama kalinya, syarikat penyelia latihan dan penganjur majlis itu mempersembahkan acara dari perspektif berbeza dengan menggabungkan elemen ilmiah dan hiburan sebagai acara utama.

Pengarah Urusannya, Shaharul Ridzuan Shamsuddin berkata, pihaknya sengaja mengambil cabaran tersebut dengan harapan para tetamu akan dapat memanfaatkan ilmu dan di waktu yang sama, dapat berhibur.

"Kami menamakan konsep ini sebagai 'K-Entertainment' atau knowledge dan entertainment. Persembahan utama ini akan diterajui oleh seorang penceramah movitasi iaitu Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim.

"Beliau akan bergabung dengan kumpulan muzik rock Islam yang pertama di tanah air iaitu, Al Farabi Band bagi menjayakan persembahan motivasi bermuzikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Hari Penghargaan Setiausaha The 1st yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor di sini, baru-baru ini.

Hari Penghargaan Setiausaha The 1st akan diadakan di Hotel De Palma pada 13 April, bermula pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

Katanya, sehingga kini 20 peratus daripada tiket berharga RM280 (untuk seorang) sudah terjual dan HCDS menyasarkan 500 tetamu akan hadir.

"Mereka yang membuat tempahan dan bayar sebelum 30 Mac akan diberikan harga istimewa RM250 seorang. Tiket-tiket akan dijual sehingga 5 April," jelasnya.

Sementara itu, Al Farabi Band yang dianggotai oleh Ayee (gitar utama dan vokalis kedua), Nasaie (vokalis utama), Riena (bass), Samuel (keyboard) dan Faizal (drummer) turut teruja untuk menjayakan persembahan yang ulung kali diperkenalkan itu.

Menurut Ayee, pada persembahan itu kelak, Al Farabi akan mendendangkan tujuh buah lagu termasuk instrumental yang menampilkan Dr. Ahmad Lothfi sebagai penyampai.

"Meskipun konsep ini berbeza dengan persembahan Minggu Setiausaha yang selalu diadakan, kami yakin pendekatan ini boleh dijadikan platform untuk persembahan di masa datang.

"Bagi Al Farabi Band, adalah menjadi pegangan kami menghiburkan penonton menerusi muzik dan di waktu yang sama menyalurkan mesej kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, motivator terkenal, Dr. Ahmad Lothfi berkata, usaha murni HCDS menongkah arus daripada acara biasa, boleh menjadi ikutan di masa akan datang.

Katanya, konsep pengetahuan dan hiburan yang ditonjolkan dengan gaya tersendiri tidak akan membosankan penonton sebaliknya akan diingati sepanjang masa.

"Saya tidak berani nak kata, apa yang diketengahkan adalah yang terbaik tapi kami akan cuba buat yang terbaik. Insya-Allah jika kita berniat ikhlas, pasti usaha kita akan diberkatiNYA," katanya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Azrina Fakahrudin (010- 3240051).

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

DIE HARD FANS & FOLLOWERS LIKE HERE

About Me

My Photo
Rockers Berselawat is dedicated to all rockers in Malaysia who have create a positive song such as religion songs, song for prophet Muhammad s.a.w. etc. This Rockers Berselawat is battle for all Malaysian Rockers. Lets sing a Selawat

korporat

  • Director - Mohd Nazri Alias
  • Secretary - Fazrina Ghazali
  • Manager - Mohd Ashraf Seleman
  • Researcher - Rina AFB
  • Advertising & Promotion - Bro Ash & Nas
  • Cameramen - Shuhaimi & Elvin
  • Videographer - Sam & Suhaimi
  • Production House - Azmie
  • Designer - Elvin Bishop & Ayee TC
  • Script Writer - Rina AFB & Nas
  • Komposer - Ayee TC
  • Guitar Tag - Wan
  • Drum Tag - Amirul
  • Bass Tag - Anis
  • Costume - Anis
  • Stage Coordinator - Syed
  • Transporter - Suhaimi
  • Special Task - Nas

Contact Us

  • Contact Person - MOHD ASHRAF SELEMAN (Manager)
  • Office No. -<03-5122 5490>
  • Fax No. -<03-5122 5491>
  • Mobile No. - <+6010 8785 833>
 

MY IPHONE 3GS 32GB

Labels

Popular Posts

VIEWERS

DOWNLOAD HERE

al farabi band: radiasi 1400

Have band? click here

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger